GOOD DAAY!



Alahai Lamanya tak update kan. Sibuk dahla sejak dah mula sekolah ni.
Tapi Blogwalking still sempat jugak nak buat. Jangan risau kawan kawan =.=
Semenjak musim persekolahan bermula, ada banyak sangat kerja nak buat.
Kekadang nak makan pun rasa macam tak sempat haih *bajet busy la ni.
Maklumla tahun ni nak SPM. *SPM victim bak kata orang Facebook.
Masa haritu beli baju sekolah tak teringat pun tahun ni last beli School Equipment.
Last-last ayah aku tolong ingatkan. Puih kalau tahu aku dah mintak kasut paling mahal.
Tapi dah terlambat dah aku dah beli pun kasut yang biasa aja. 
Tapi kasut tu cute sangat aku suka. Rasa bahagia sangat tahu dak?

Lepas ni mungkin dah jarang kot update blog. Banyak sangat benda aku nak kejar tahun ni.
Ni pun kalau tidak nak pi tuisyen. Tapi ayah aku belum daftar lagi pun jadi entahlahkan.
Nak pi ke tidak pun taktahu. Aku sendiri pun dah malas sangat dah nak pergi.
Semangat nak tuisyen dah hilang hihiw. Ni pun ada selambak homework nak buat lagi.
Start ja hari first sekolah dah pun dapat homework. Bengang tak?
Cikgu tu semangat sangat sebab kami semua dah nak SPM. Hihiw maaf cikgu :)

Tahun ini mungkin akan menjadi indah. Harap-harap lah kan.
Azam tahun baru : Semoga semua kerja sekolah dapat disiapkan dan boleh concentrate dalam kelas.

Nampak sangat sebelum ni tak pernah fokus -,-
Mana taknya bestfriend duduk sebelah kerja nak sembang je pun.
Tahun ni pun sama jugak. Haish.
Tahu tak, esok kan ada waktu Biology 4 masa. 
Bangun pagi gosok gigi pergi sekolah pergi assembly.
Lepas assembly terus Biology 2masa kemudian pijey (Pendidikan Jasmani)
Selepas PJ tu ada lagi Biology dua masa -,- Stress tak?
Yes me too.

Tapi nasib baiklah Biology tahun ni Cikgu Tugimin yang ajar.
Takdala stress sangat sebab cikgu tu penuh dengan sense of humour. *Betul tak ejaan?
English failed LOL. Aku pandai baca tapi tak faham.
Selalu dapat B- je agaknya.

Eh TERceloteh dengan banyaknya lah pulak kan Kmaaf.
Esok la aku bebel lain. Kbai dan Assalamualaikum.

Kbai dan Asslamualaikum Earthlings!